Risau Anak Susah Dapat Teman Wanita Sebab Kemaluan Tak Cukup Besar, Ibu Rujuk Pakar Urologi

Risau Anak Susah Dapat Teman Wanita Sebab Kemaluan Tak Cukup Besar, Ibu Rujuk Pakar Urologi

Seorang ibu di Taiwan baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas membawa anaknya yang sedang menuntut di universiti berjumpa pakar urologi kerana bimbang alat sulitnya tidak berkembang dan akan menyukarkannya mendapat teman wanita.

Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan bukan sahaja perkembangan lelaki itu adalah normal, malah dia mempunyai zakar yang pada dasarnya sebesar sosej gergasi Shihlin.

Peristiwa lucu itu dikongsikan oleh pakar urologi, Gu Fangyu, di Threads, di mana dia menggambarkan si ibu sebagai sangat cemas mengenai perkembangan anak lelakinya.

Gu menjelaskan dalam hantaran tersebut yang isu melibatkan saiz alat sulit sering berlaku pada pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan kerana lebihan lemak boleh menyebabkan alat sulit kelihatan lebih kecil secara visual.

Namun, berbeza daripada jangkaannya, dia mendapati lelaki itu mempunyai saiz zakar sebesar sosej gergasi Shihlin, makanan jalanan terkenal dari Taiwan.

Gu menenangkan ibu lelaki tersebut dengan mengesahkan perkembangan anaknya adalah normal.

Si ibu kemudian mengaku yang dia risau anaknya akan kalah berbanding lelaki lain dalam mencari teman wanita di universiti kerana saiz alat sulitnya.

Wanita berkenaan turut bertanya kepada Gu sama ada terdapat suplemen yang boleh diambil oleh anaknya untuk meningkatkan perkembangan.

Gu menjawab ringkas: “Jangan risau kalah di garis permulaan,” katanya.

Related post

Leave a Reply