Aespa Dilantik Duta Global Pertama Mi Segera Shin Ramyun
Nongshim memilih kumpulan K-Pop popular Aespa sebagai duta global baharu untuk produk utama mereka, Shin Ramyun, menandakan permulaan kerjasama global yang menggabungkan pengaruh K-culture dan salah satu jenama makanan paling ikonik Korea.
Pelantikan ini merupakan cubaan kali pertama Shin Ramyun melantik duta global. Menerusi kerjasama ini, Aespa akan mempromosikan slogan global jenama tersebut, Spicy Happiness In Noodles kepada pengguna di seluruh dunia.
Menurut Nongshim, Aespa dipilih kerana kumpulan itu menyampaikan tenaga kepada peminat di seluruh dunia melalui muzik. Nongshim menjelaskan bahawa ciri ini selari dengan slogan global yang dibina daripada tagline bahasa Korea yang bermaksud ‘menggerakkan hidup anda’.
Syarikat itu turut menyatakan minat Aspa terhadap produk Nongshim seperti Shin Ramyun dan Chapaguri sejak 2021 turut mempengaruhi keputusan tersebut.
Sebagai projek pertama kerjasama ini, Nongshim akan melancarkan iklan global Shin Ramyun dalam format video muzik untuk menonjolkan kekuatan Aespa sebagai artis K-Pop. Iklan itu menampilkan reinterpretasi Aespa terhadap lagu hit Spice Girls 1997, Spice Up Your Life.
Iklan global ini akan diedarkan secara digital di pasaran utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Eropah dan Asia Tenggara. Kempen ini mencerminkan fokus Nongshim untuk mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran antarabangsa.
Sumber: Allkpop
