Pempengaruh Tegur Mat Rempit Buat Aksi Superman Di Lebuh Raya

Pempengaruh Tegur Mat Rempit Buat Aksi Superman Di Lebuh Raya

Di Malaysia, salah satu golongan pemandu yang sering membuat orang lain geram sudah tentulah golongan mat rempit yang sinonim dengan menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya di jalanraya.

Baru-baru ini, seorang pempengaruh bertembung dengan sekumpulan mat rempit sewaktu melalui Lebuhraya Utara–Selatan.

Menerusi video yang yang dimuat naik di Facebook, pempengaruh Belle Lee Jying kelihatan sedang memerhati beberapa motosikal yang sedang membelah lalu lintas di tepi kenderaannya.

Dia memberitahu pengikutnya yang dia sedang memerhati untuk melihat jika ada yang cuba membuat aksi berbahaya seperti aksi terkenal ‘Superman’ di lebuh raya.

Video Belle Lee menegur aksi mat rempit tular di media sosial.

“Nasib baik mereka belum lalu tepi saya lagi. Kalau saya nampak sesiapa ‘terbang’, saya pasti turunkan tingkap dan maki mereka!” ujarnya.

Tidak lama kemudian, Belle terlihat satu kumpulan ‘mat rempit’ melakukan aksi ‘Superman’ sewaktu menghampiri, dan dalam video lain salah seorang daripada mereka memotong keretanya.

Benar dengan ucapannya, Belle menurunkan tingkap dan menjerit “Bahaya!” kepada penunggang itu, namun suaranya tenggelam dek tiupan angin yang kuat.

Tidak berputus asa, Belle dilihat mengikat rambutnya dan menjerit lagi kepada mat rempit yang sudah lalu tadi.

Dia turut mengambil sebuah penyangkut baju untuk memberi imej lebih garang dan meminta pemandunya memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya supaya dia boleh menegur kumpulan penunggang itu dengan lebih tegas sebelum klip berakhir.

Related post

Leave a Reply