Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Cinta Lagi?

Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Cinta Lagi?

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, 25, kembali menjadi tumpuan netizen selepas dilihat memadam semua foto bersama kekasihnya, aktor Indonesia, Jefri Nichol di Instagram.

Menariknya, tindakan sama turut dilakukan oleh Jefri apabila tiada lagi kelibat gambar bersama Ameera dalam akaun miliknya.

Keadaan itu sekali gus mencetus pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet yang mula tertanya-tanya tentang status hubungan pasangan tersebut.

Selain memadam gambar bersama, kedua-duanya juga dilihat tidak lagi saling mengikuti di Instagram, menambah lagi tanda tanya mengenai hubungan mereka.

Namun begitu, Jefri masih lagi mengikuti akaun kakak Ameera iaitu Neelofa dan Noor Nabila.

Sebelum ini, pasangan itu sering mencuri perhatian peminat di Malaysia dan Indonesia dengan perkongsian mesra mereka di media sosial.

Mereka juga dilihat menghadiri pelbagai acara fesyen antarabangsa bersama dan sering bercuti di luar negara.

Hubungan mereka sebelum ini dilihat cukup rapat apabila Jefri pernah berkunjung ke rumah keluarga Ameera dan kelihatan mesra dengan ibu serta ahli keluarganya yang lain.

Related post

Leave a Reply