EXO Umum Comeback Bersama Lay, Tapi Tanpa Chen, Baekhyun & Xiumin

EXO Umum Comeback Bersama Lay, Tapi Tanpa Chen, Baekhyun & Xiumin

Kumpulan K-Pop popular, EXO bakal mengadakan fan meeting pada hujung tahun ini, selain meluncurkan album baharu pada awal tahun hadapan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SM Entertainment, EXO akan menganjurkan fan meeting bertajuk ‘EXO’verse’pada 13 dan 14 Disember di Inspire Arena, Incheon, Korea Selatan.

Selepas acara tersebut, kumpulan itu akan mengeluarkan album penuh ke-8 pada suku pertama 2026 dan meneruskan pelbagai aktiviti promosi.

Anggota EXO yang akan terlibat dalam fan meeting dan album baharu ini ialah Suho, Chanyeol, D.O., Kai, Sehun dan Lay.

Tiket fan meeting akan dijual melalui Melon Ticket, dengan pra-jualan untuk kelab peminat bermula pada 30 Oktober jam 8 malam, manakala jualan umum dibuka pada 31 Oktober jam 8 malam.

Maklumat mengenai penstriman dalam talian melalui Beyond LIVE dan Weverse akan diumumkan kemudian menerusi saluran rasmi EXO.

Terdahulu pada bulan September, EXO mencetuskan spekulasi selepas memuat naik imej teaser misteri menyerupai gerhana bulan bersama teks ‘DECEMBER 2025.’ Seperti yang dijangka, kandungan promosi berkaitan album akan dikeluarkan secara berperingkat bermula Disember ini.

Sementara itu, Lay, yang mengundurkan diri dari SM Entertainment pada April 2022 selepas 10 tahun bersama EXO, turut kembali untuk aktiviti kali ini, sekali gus menarik perhatian ramai.

Begitupun, ahli EXO-CBX iaitu Chen, Baekhyun dan Xiumin, yang kini terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan SM Entertainment, tidak akan menyertai promosi untuk fasa ini.

Related post

Leave a Reply