
Menang Nombor Ekor RM13 Juta Lepas Gabungkan Nombor Figurin Blind Box & Tarikh Lahir
Kotak misteri atau blind box cukup digemari dalam kalangan masyrakat global sejak akhir-akhir ini.
Namun, siapa sangka, di sebalik debaran untuk mengetahui figurin apa yang bakal diterima apabila kotak dibuka, ada satu kisah menarik oleh seorang pelanggan nombor ekor.
Memetik WeirdKaya, seorang lelaki dari Selangor telah membeli tiket System Play 05 untuk permainan Magnum 4D Jackpot, menggunakan nombor 9523 dan 5763.
Lelaki itu berkata, nombor tersebut diinspirasikan daripada tarikh lahir teman wanitanya dan nombor siri figurine blind box yang dibelinya sebagai hadiah kejutan.
“Apabila teman wanita saya membuka blind box dan mendapat figurine yang dia benar-benar inginkan, tiba-tiba terdetik dalam hati untuk padankan nombor siri figurine itu dengan tarikh lahirnya di tiket 4D.
“Saya tak begitu faham pasal blind box sebab itu minat dia, tapi saya cuma nak buat dia gembira. Sama juga seperti dia tak pernah halang saya bermain Magnum 4D walaupun dia sendiri tak main,” katanya.
Tanpa disangka, gabungan nombor itu menjadi kunci kepada kekayaan luar biasa apabila ia diumumkan sebagai nombor kemenangan Jackpot Magnum 4D, membawa pulangan sebanyak RM13,256,447!
“Kami tak sangka langsung. Rasa macam tak betul. Mungkin beginilah perasaan orang bila dapat ‘hadiah rahsia’ daripada blind box.
“Tapi bagi kami, ia lebih daripada itu. Ia ubah hidup kami. Kami mungkin ada hobi berbeza, tapi sekarang kami kongsi kegembiraan yang sama,” tambahnya.
Sebagai peringatan bersama, judi adalah haram bagi umat Islam.