“Hari Jadi Anak Sambut Dengan Tangisan” – Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemfitnah

“Hari Jadi Anak Sambut Dengan Tangisan” – Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemfitnah

Pelakon Datuk Aaron Aziz, 49, menegaskan tidak akan berdiam diri dan bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah hingga mengundang kecaman terhadap dirinya.

Pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz, berkata, dia sedih apabila tuduhan kononnya tidak menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) turut memberi kesan emosi kepada anak-anaknya yang kini menuntut di luar negara.

“Bismillah, ya Allah permudahkan urusan kami. Anak-anak saya di luar negara, hamba tak dapat nak peluk dan tenangkan mereka ‘dan hari jadi anak disambut dengan tangisan,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Dalam video berkenaan, Aaron turut berkongsi detik perbincangannya bersama isteri, Datin Diyana Halik dan peguam mereka bagi mengambil langkah sewajarnya untuk membersihkan nama.

Sebagai ketua keluarga, Aaron menegaskan akan terus mempertahankan maruah dan kesejahteraan keluarganya.

“Daddy akan mempertahankan kalian semua hingga ke akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video suntingan daripada wawancara terdahulu yang menampakkan seolah-olah aktor kelahiran Singapura itu mempersoalkan tindakan aktivis kemanusiaan GSF, sekali gus mengundang kecaman ramai.

Bagaimanapun, Aaron tampil menjelaskan situasi sebenar dan meminta netizen menonton rakaman penuh temu bual tersebut bagi mengelak salah faham.

Dalam wawancara asal yang dijalankan dua minggu lalu, Aaron menjawab soalan mengenai tekanan terhadap selebriti untuk bersuara tentang isu Gaza di media sosial.

Aaron menjelaskan tidak wajar mana-mana selebriti dipaksa bersuara hanya untuk memenuhi kehendak netizen dan menegaskan dia tidak pernah mempertikaikan atau menolak sebarang usaha membantu rakyat Palestin.

Related post

Leave a Reply