Kumpulan Rookie LNGSHOT Cetus Kontroversi, Kongsi Gambar Dengan Gaya ‘Middle Finger’

Kumpulan Rookie LNGSHOT Cetus Kontroversi, Kongsi Gambar Dengan Gaya ‘Middle Finger’

Kumpulan lelaki rookie LNGSHOT, di bawah llabel More Vision milik Jay Park telah mencetuskan kejutan apabila tampil di pentas festival Universiti Hanyang di Seoul pada 19 September lalu.

Selepas acara itu, Jay Park memuat naik foto ahli di Instagram dan meletakkan tanda nama akaun kumpulan berkenaan.

Beberapa gambar yang menunjukkan Jay Park dan ahli LNGSHOT membuat gaya ‘middle finger’ telah mencetuskan kritikan daripada sebahagian penonton. Antara komen yang ditinggalkan termasuklah:

“Baru debut dah tunjuk jari tengah?”
“Kenapa nak mula dengan gaya macam tu, siapa sebenarnya yang kamu cabar?”

Dalam hantaran yang sama, Jay Park menulis:

“Anak-anak saya ni tak kacak ke? Saya tak boleh janji mereka akan jadi paling laris, tapi saya boleh janji mereka akan buat K-Pop paling cool,” sambil menambah tanda pagar #middlefingertothenorm.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, LNGSHOT telah membuat penampilan awal di pentas universiti sambil memperdengarkan sedikit lagu baharu mereka dengan foto ahli yang dikaburkan.

Kumpulan yang terdiri daripada Ohyul, Ryul, Woojin dan Louis kini sedang bersiap untuk debut rasmi yang disasarkan pada Januari 2026.

Related post

Leave a Reply