Raja Atiq Mohon Pertolongan Cari Kerja, Mahu Buat Marketing Atau Jadi Pemandu Peribadi
Pelakon popular, Raja Atiq menzahirkan permintaan pertolongan mencari perkerjaan di platform Threads baru-baru ini.
Menerusi hantarannya, Raja Atiq berkata, tujuan dia mencari kerja adalah disebabkan mahu mencari pendapatan tambahan untuk dirinya.
“Assalamualaikum, saya dengan rendah diri, ada kerja kosong tak? Bergaji yang okay? Kalau ada boleh pm saya tak?
“Insya-Allah boleh commit. Bahagian marketing ke, jadi driver personal.
“Bukan saya tak nak berlakon, for now, nak cari gaji lebih itu sahaja. Thank you,” tulisnya.

Menerusi ruangan balasan, ramai yang memberikan cadangan untuk mencuba pelbagai jenis bidang pekerjaan, termasuk berniaga.
Tidak kurang, ada juga yang menasihati supaya tidak memberi fokus terhadap kerjaya lakonan. Sebaliknya, mencari kerja yang menyediakan tabungan KWSP.
Ada juga yang mencadangkan supaya mencari pekerjaan di platform mencari kerja, seperti individu lain.
“Bagus jangan fokus berlakon sangat, cari kerja yang ada KWSP. Good luck.”
“Cari kerja kat Jobstreet, buat resume macam orang biasa.”
