
Angka 19 Begitu Istimewa, Bunga Umum Koloberasi Istimewa
Mahu memberikan kelainan sempena kehadiran album Seharum Nama, penyanyi Bunga melancarkan koleksi eksklusif pakaian bersama jenama High Cultured yang dilancarkan secara rasmi minggu lalu.
Menggunakan tema ‘superstar’ sebagai kata kunci utama kempen tersebut, pastinya gabungan streetwear dan pop bersatu dengan baik dan diterjemah melalui koleksi yang dipersembahankan.
Bertempat di High Cultured, Central I-City Shah Alam, pertembungan budaya menerusi koleksi pakaian dipersembahkan mewakili perjalanan karier seninya sejak berusia 19 tahun.
Angka 19 yang menghiasi koleksi ‘superstar baseball shirt’ juga mewakili permulaan kerjaya seninya sebagai penyanyi.
Menurut Bunga, koleksi ini mengangkat nilai sentimental dan semangat perjuangan selain teruja dapat meluahkan isi hatinya peribadi melalui medium fesyen.
“Kolaborasi ini sangat istimewa buat saya. Angka ‘19’ itu bukan sekadar nombor ia lambang kepada permulaan saya dalam industri muzik.
“Saya mahu sesiapa yang memakai koleksi ini turut merasa keyakinan dan tenaga yang sama seperti saya ketika berada di atas pentas berani, real dan tak terhentikan,” katanya.

Melihatkan koleksi yang dipamerkan, setiap koleksi yang diperagakan bukan sahaja trendy dan moden, malam saiz ‘oversized’ dan bersifat unisex membuatkan ia lebih istimewa.
Gabungan gaya dan suara dalam kolaborasi ini membuktikan bahawa budaya tempatan kini bukan sahaja berdaya saing tetapi juga mampu mencipta identiti tersendiri.
Bunga dan High Cultured juga mengangkat maksud sebenar ‘superstar’ menjadi diri sendiri dengan penuh keyakinan, dalam apa jua ruang yang diterokai.
Bagi Pengarah Kreatif High Cultured, Kazuya Higa berkata, kerjasama ini mewakili lebih daripada sekadar kolaborasi produk fesyen.
“High Cultured sentiasa menjadi lebih daripada sekadar pakaian ia adalah budaya. Bekerjasama dengan Bunga adalah cara kami meraikan generasi yang berani berdiri teguh dan menyuarakan identiti mereka.
“Koleksi Superstar ini adalah simbol kepada semangat dan kita mahu semua peminat menikmatinya,” katanya.