
Wanie Kayrie Teruja Lagu Cak Cak Cekuk Dipilih Untuk Dipersembahkan Pada Hari Kebangsaan
Penyanyi Wanie Kayrie meluahkan rasa gembira apabila lagu popularnya, Cak Cak Cekuk, terpilih sebagai salah satu lagu yang bakal dipersembahkan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Menurut Wanie, dia sebenarnya sudah lama mengetahui perkara tersebut, namun memilih untuk menyimpannya sebagai rahsia sehingga tiba masa yang sesuai.
“Lama saya simpan rahsia ni. Bila adik saya, Wina, beritahu yang dia terlibat dalam persembahan dan kena bawakan lagu Cak Cak Cekuk, saya sangat-sangat teruja dan tak sabar nak tengok persembahan mereka semua,” katanya.
Penyanyi Jangan Terlepas Pandang itu menambah, sekadar melihat sesi latihan sahaja sudah membuatkan dirinya sebak dan bangga dengan pencapaian tersebut.
Dalam masa yang sama, Wanie turut menzahirkan rasa syukur apabila Cak Cak Cekuk kini berjaya mencecah 1 juta tontonan di YouTube.
“Tengok video rehearsal pun dah buat saya goosebumps. Ini hadiah besar sempena 1 juta CCK juga.
Alhamdulillah, terima kasih kerana memilih lagu Cak Cak Cekuk sebagai persembahan utama untuk 31 Ogos nanti,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi keterujaan serta tidak sabar menantikan persembahan lagu berkenaan di pentas sambutan Hari Kebangsaan.
Antara komen peminat:
“Best la lagu ni, saya suka!”
“Comeeyyy.”
“Wah terbaiklah, happening sangat. Tahniah dik Wanie Kayrie.”
“Tak sabar nak tunggu persembahan nanti.”
Sumber: Gempak