Khabar Angin Lama Kembali Bertiup Kencang, V BTS Dikatakan Masih Bercinta Dengan Jennie BLACKPINK?

Khabar Angin Lama Kembali Bertiup Kencang, V BTS Dikatakan Masih Bercinta Dengan Jennie BLACKPINK?

Hantaran terbaharu anggota kumpulan BTS, V kembali dikaitkan dengan Jennie BLACKPINK serta khabar angin percintaan mereka.

Menerusi hantaran berkenaan, V memuat naik gambar di Instagram Story yang memaparkan karya seni watak kartun Winnie the Pooh.

Lukisan itu berasal daripada petikan ‘If I were a King’ daripada buku When We Were Young tulisan A.A. Milne.

Perkara itu menarik perhatian kerana pada 2022, foto yang didakwa bocor memperlihatkan V dan Jennie bersama memakai kemeja-T bercetak Winnie the Pooh yang sepadan.

Netizen meluahkan rasa terkejut, sambil berpendapat ia bukanlah satu kebetulan apabila bukan sahaja Winnie the Pooh ditonjolkan, tetapi juga dalam gaya yang sama dengan foto-foto yang pernah bocor sebelum ini.

Mereka turut menyedari emoji yang digunakan Jennie pada kapsyen siaran Instagramnya merujuk kepada konsert jelajah DEADLINE di London adalah sama dengan emoji yang ada pada gambar V.

Walaupun emoji itu biasa digunakan di UK, ramai berpendapat terdapat banyak karya seni Winnie the Pooh lain tanpa emoji tersebut, sekali gus menambahkan lagi spekulasi.

Related post

Leave a Reply