
Interaksi Chaewon LE SSERAFIM & Anjingnya Cetus Rasa Jijik Netizen
Chaewon dari kumpulan popular LE SSERAFIM mencetuskan rasa tidak senang dan jijik dalam kalangan netizen selepas memuat naik video terbaharu di aplikasi interaksi peminat, Weverse.
Penyanyi itu berkongsi video mengenai anjing peliharaannya, Shiro, yang sudah dikenali ramai peminat dan pernah tular sebelum ini.
Dalam video itu, Shiro kelihatan sedang bermanja dengan Chaewon. Shiro dilihat menjilat bibir Chaewon dan Chaewon pula kelihatan ‘rela’ anjingnya berbuat demikian.
Walaupun sebelum ini peminat sudah biasa melihat hubungan rapat antara Chaewon dan anjingnya, namun kemas kini kali ini mengundang komen negatif daripada netizen.
Selepas menonton video berkenaan, ramai netizen menyifatkan interaksi Chaewon dan Shiro sebagai “menjijikkan”, malah ada yang berkata mereka tidak mahu melihat perkara itu lagi dalam laman sosial mereka.
Apabila video itu turut dimuat naik di laman Reddit khusus untuk LE SSERAFIM, perbincangan mengenainya berlanjutan, dan ramai pengguna di situ juga memberikan reaksi yang kurang positif.
“Pelik dan menjijikkan.”
“Hentikan kongsi video tersebut ke susur masa saya.”