Peminat Berkhemah Semalaman Sebab Nak Tengok RIIZE Buat Persembahan

Ratusan peminat kumpulan lelaki generasi ke-4 yang sedang meningkat naik, RIIZE, tular di laman sosial selepas dilaporkan berkhemah semalaman di luar pintu masuk Caribbean Bay, salah satu taman tema air paling popular di Korea.

RIIZE dijadualkan menjayakan persembahan khas pada acara yang berlangsung di lokasi tersebut, dan keterujaan peminat begitu tinggi sehingga mereka mula beratur sejak malam sebelumnya demi mendapatkan tempat terbaik untuk menonton persembahan mereka.

Foto dan video yang menunjukkan peminat membentang selimut, tikar, serta membawa kerusi lipat pantas tersebar di komuniti dalam talian Korea, mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang kagum, dan tidak kurang juga yang terkejut.

“Beginilah keadaannya menunggu sepanjang malam di Caribbean Bay, pada pukul 3.24 pagi. Ada khemah, dan kira-kira 20 orang setiap barisan. Ramai juga yang sedang tidur,” tulis seorang netizen.

Mereka yang tiba awal berjaya mendapatkan tempat di hadapan pentas. Usaha mereka terbalas dengan persembahan memukau daripada RIIZE kemudian hari.

Dengan populariti kumpulan ini yang terus melonjak, jelas sekali bahawa peminat mereka juga sedang meningkat dengan pantas dan sanggup lakukan apa sahaja, termasuk berkhemah semalaman di luar taman tema air, demi idola tercinta.

Related post

Leave a Reply