Bukan Sekadar Gig, Midnight Fusic Janji Kelainan
Bagi sebahagian besar khalayak, nama Midnight Fusic bukanlah sesuatu yang asing. Sejak ditubuhkan pada 2013, mereka sudah membina nama termasuklah dalam dan luar negara dengan rangkaian lagu-lagu segar dengan pengaruh alternatif.
Muzik mereka menggabungkan pengaruh rock alternatif yang kuat dengan pop yang kaya, menampilkan cangkuk yang menarik, vokal emotif dan instrumentasi dinamik yang menarik minat peminat rock dan pendengar arus perdana.
Dianggotai Arif Kamarudin (vokal, gitar), Adrian Danial (vokal, gitar), Firdaus Azmi (bass) dan Muaz Rabbani (dram), Midnight Fusic melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penganjuran Konsert Midnight Fusic Forevermore 2025.
Konsert yang bakal diadakan pada 14 September ini di Zepp Kuala Lumpur ini dibawakan oleh Oyollo Asia, ada sesuatu yang istimewa akan dipersembahan oleh mereka kali ini.
“Kami membawakan senarai set, lagu dan visual baharu bersama keseluruhan pengalaman adalah sesuatu yang segar. Saya benar-benar teruja untuk berhubung dengan peminat kami dengan cara baharu ini.
“Rancangan ini bukan sekadar gig lain tetapi lembaran baharu untuk Midnight Fusic. Saya tidak sabar untuk bersama-sama dalam satu ruang dengan peminat kami di mana semua orang boleh berkumpul sebagai satu dan berkongsi perjalanan kami,” ujar Arif.
Buat Midnight Fusic, 14 September merupakan satu momen yang mereka sama-sama tunggu dan impikan selama ini atas kecintaan mereka terhadap muzik dan apresiasi terhadap sokongan peminat mereka.
“Saya fikir ia adalah kerana keseluruhan konsep seperti kami membuat persembahan untuk peminat kami. Kami kembali dengan konsert ini sekali lagi dengan lebih banyak lagu baharu.
“Kami menyusun senarai set untuk mempunyai jalan cerita. Saya teruja untuk melalui perjalanan penceritaan itu, masa lalu Midnight Fusic dan mempamerkan perkara baharu juga.
“Saya tahu momen terbaik adalah apabila lagu pertama dipersembahkan. Kami menjangkakan konsert ini menjadi sangat hype, momentum konsert menjadi sangat bagus dan apabila lagu pertama diperdengarkan, semua peminat akan ‘tenggelam’ bersama,” ujar Muaz yang merupakan pemain dram.

Menyusuri perjalanan seni kumpulan ini, tahun 2024 menjadi tahun kerancakan pergerakan Midnight Fusic apabila mereka di beberapa rangkaian acara termasuklah di MLBB 8th Anniversary Music Part, YSL Beauty, Zus: Lokal Kasi Vocal serta Last Dinosaurs: Live In KL.
Midnight Fusic juga pernah muncul di Korea untuk acara Incheon Record Platform 2024 dan Newtro Rhythm Global Music Tour 2024 selain ke Indonesia melalui We The Fest dan di Singapura mulai Bay Beat.
Malah mereka juga pernah menjadi pembuka acara Boys Like Girls Comes To Asia dan Lany Live In Kuala Lumpur.
Kemeriahan muzik Midnight Fusic berkumandang menjadi lebih rancak dengan kemunculan EP Modus Operandi pada 23 Mei 2025. Terdahulu mereka pernah muncul dengan album dengan judul self-titled pada Februari 2021.
Malah lagu Sandiwara yang dilancarkan pada 2020 menjadi salam pembuka kepada lagu Bahasa Melayu pertama Midnight Fusic.
Dengan segala peluru-peluru yang disediakan, 14 September ini akan menjadi satu tarikh tarikh penuh kemanisan menerusi konsert pertama dan terbesar buat Midnight Fusic!
Bagi Pengarah Urusan Oyollo Asia, Kenny Wong pula menganggap ini tahun yang bertuah buat mereka.
“Oyollo Asia berbangga menjadi penganjur Midnight Fusic Forevermore 2025, konsert solo pertama oleh Midnight Fusic. Sebagai sebuah syarikat Malaysia, kami bersemangat untuk menyokong bakat muzik generasi akan datang.
“Kami percaya Midnight Fusic mewakili generasi akan datang. Mereka sebuah kumpulan yang berani, berbakat tinggi dan berani mempertaruhkan muzik tersendiri dan ada potensi global,” katanya.
Bagi mereka ingin turut serta, tiket untuk menyaksikan Midnight Fusic Forevermore 2025 dijual dengan harga RM134, RM174, RM224, RM294 atau RM3844 (box) melalui atas talian.
