Kancil Lusuh Kini Nampak Baharu, Ini Harga Keseluruhan Makeover

Sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang sebelum ini kelihatan lusuh kini tampil memukau selepas menjalani transformasi dalaman yang menakjubkan.

Tular di TikTok, video berkenaan memaparkan keseluruhan proses pengubahsuaian kereta tersebut, daripada sebuah kenderaan lama yang kelihatan usang kepada sebuah kereta bergaya dan moden.

Pemilik akaun, yang merupakan pakar dalam menjahit, mengubah suai dan membaik pulih dalaman kereta berkongsi transformasi itu dalam satu montaj berjudul ‘sebelum dan selepas’.

Daripada pelapik bumbung, tempat duduk hinggalah ke papan pemuka, setiap inci ruang dalaman diubah suai dengan bahan baharu dan rekaan yang segar.

Memetik WeirdKaya, individu di sebalik transformasi tersebut mendedahkan bahawa kereta berkenaan dimiliki oleh seorang individu berasal dari Klang.

“Idea ini datang daripada gabungan antara saya dan pemilik kereta,” katanya.

Difahamkan, kos keseluruhan untuk ubah suai dalaman itu mencecah sekitar RM5,000.

Video tersebut pantas meraih perhatian di TikTok, dengan ramai memuji hasil kerja tangan yang kemas dan menyatakan ia menjadikan Kancil yang sederhana itu kelihatan seperti kereta mewah.

Related post

Leave a Reply