Gaya Hidup

“Bila Usia Cecah 40, Saya Dah Tak Fikir Fasal Kahwin”

Pelakon, Fatiya Latiff, 39, mengakui dia kini semakin selesa menjalani kehidupan mengikut rentaknya sendiri dan tidak lagi menjadikan perkahwinan sebagai perkara utama yang perlu dikejar apabila usianya menghampiri angka 40 tahun.

Menurut Fatiya, kebahagiaan tidak semestinya hadir menerusi kehadiran pasangan hidup, sebaliknya boleh ditemui dalam pelbagai bentuk dan pengalaman lain.

“Bagi saya, apabila usia hampir mencecah 40 tahun, saya sudah tak lagi berfikir fasal kahwin. Melainkan kalian masih cantik dan memiliki harapan lagi.

“Namun kalau rupa kalian itu hampir sama dengan kipas di rumah, hentikanlah harapan itu,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam perkongsian sama, pelakon itu turut berpendapat seseorang tidak seharusnya terlalu bergantung kepada perkahwinan untuk mencapai kebahagiaan kerana masih banyak perkara lain yang boleh memberi makna dalam kehidupan.

“Saya cuba mencari kegembiraan itu dari arah yang lain pula. Ini kerana dunia belum berakhir lagi dan siapa setuju?” ujarnya.

Pandangan yang dikongsikan Fatiya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai bersetuju bahawa kebahagiaan setiap individu hadir dalam bentuk yang berbeza dan tidak semestinya melalui alam perkahwinan.

Related Articles

Back to top button