Viral

“Saya Suka Lelaki Yang Pandai Bertukang & Wiring”

Pelakon, Zara Zya, 41, mengakui dirinya tertarik dengan lelaki yang memiliki kemahiran melakukan kerja-kerja teknikal serta tidak kekok mengendalikan tugasan berat.

Menurut pemilik nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, lelaki yang mempunyai kebolehan seperti bertukang dan melakukan kerja pendawaian memiliki daya tarikan tersendiri pada pandangannya.

“Cerita sini habis sini. Saya suka lelaki yang pandai bertukang, wiring (pendawaian) serta buat kerja berat,” katanya menerusi satu hantaran.

Bukan itu sahaja, Zara turut menyifatkan kemahiran sedemikian sebagai antara ciri yang menyerlahkan sifat maskulin seorang lelaki.

Tambahnya, lelaki yang mahir memasak dan istiqamah membaca al-Quran pula dianggap sebagai satu nilai tambah yang cukup istimewa.

“Bagi saya, mereka ini maskulin. Bonus kalau pandai memasak serta pandai mengaji,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut pantas mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan dikongsikan pelakon berkenaan.

Malah, ruangan komen turut dihiasi pelbagai respons mencuit hati daripada pengguna Threads yang secara berseloroh mendakwa mereka menepati ciri-ciri lelaki idaman Zara.

Related Articles

Back to top button