Sentuh Alat Sulit Sendiri Di Kedai Minuman Soya, Lelaki Taiwan Ditahan

Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan selepas menanggalkan seluarnya di sebuah kedai minuman soya di Xinzhuang District, Taiwan.
Rakaman CCTV kejadian tersebut kemudiannya tular di Facebook.
Rakaman menunjukkan lelaki yang memakai cermin mata dan seluar pendek itu memasuki kedai sebelum duduk di sebuah meja.
Tidak lama kemudian, dia dilihat terus menanggalkan seluar pendeknya dan menyentuh bahagian alat sulitnya. Difahamkan, seluarnya telah pun dilonggarkan sebelum dia duduk.
Keseluruhan kejadian itu berlaku dalam tempoh kira-kira 15 saat sebelum seorang pekerja kedai menghampirinya.
Menurut Formosa TV News Network, lelaki itu dipanggil oleh polis untuk disoal siasat dan mendakwa dia menyangka dirinya berada di rumah serta terdengar suara yang menyuruhnya menanggalkan seluar.
Laporan itu turut menyebut bahawa pemilik kedai merupakan seorang wanita, namun beliau enggan mengulas mengenai kejadian tersebut.
Video berkenaan mencetuskan perbincangan hangat dalam talian, menurut Mirror Media.
Seorang pengguna internet menulis: “Alat yang digunakan dalam jenayah itu patut dirampas.”
Seorang lagi pula berseloroh: “Dia ingat ini kedai buat susu soya ke?”
Ada juga yang mempersoalkan sama ada lelaki itu kalah dalam satu cabaran.



