Viral

Emma Maembong & DJ Kidd Putus Cinta?

Perkongsian deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd di platform Threads pada Selasa mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Menerusi hantaran tersebut, DJ Kidd memaklumkan dia sering menerima pertanyaan mengenai pasangannya setiap kali muncul di mana-mana majlis atau acara.

Susulan pertanyaan yang tidak putus-putus itu, dia memilih untuk tampil memberi penjelasan bahawa dirinya kini tidak lagi bersama wanita yang sebelum ini sering dikaitkan dengannya.

“Di sini saya nak memaklumkan di mana saja saya berada orang sibuk tanya saya di manakah pasangan saya.

“Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia. Jadi saya harap tiada lagi persoalan selepas ini,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, DJ Kidd turut menitipkan doa agar wanita berkenaan menemui kebahagiaan walau apa jua yang berlaku antara mereka.

“Saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkan kenyataan itu dengan aktres Emma Maembong.

Ini kerana sebelum ini kedua-dua mereka sering dilihat bersama dan hubungan mereka turut menjadi perhatian ramai di media sosial.

Related Articles

Back to top button