Viral

Pengunjung Cemas, Kelibat Buaya Di Lihat Di Pantai Port Dickson

Nampaknya, kawasan santai dan riadah yang menjadi tumpuan keluarga serta orang ramao menjadi kawasan ‘red flag’ gara-gara kemunculan satu makhluk ‘pemangsa’ ini.

Pengunjung di Pantai Port Dickson Waterfront, Negeri Sembilan dikejutkan dengan kemunculan seekor buaya muara besar yang dilihat berhampiran kawasan pesisir pantai awal pagi tadi.

Pengarah Negeri Sembilan Department of Wildlife and National Parks, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti lokasi sebenar reptilia tersebut dilihat.

Bagaimanapun, menurut Faizal, setakat artikel ini ditulis, tiada laporan rasmi daripada orang awam diterima diterima.

Menurut Faizal, pihak jabatan juga belum dapat mengesahkan sama ada buaya yang dilihat itu adalah haiwan yang sama seperti yang pernah dilaporkan muncul di perairan kawasan tersebut sebelum ini.

“Sekiranya orang awam ternampak buaya berkenaan, sila maklumkan kepada Department of Wildlife and National Parks Peninsular Malaysia atau pihak berkuasa.

“Jangan sesekali cuba mengganggu atau memprovokasi haiwan itu. Kami akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya,” katanya kepada Bernama.

Related Articles

Back to top button