‘Saya Curang Dengan Lelaki Lain’ – Tom Bakal Bercerai Dengan Fuad?

Hantaran di aplikasi Facebook milik penyanyi, Tom mencuri perhatian apabila dia mendakwa rumah tangganya bersama suami yang juga penyanyi, Fuad Rahman bakal berakhir dengan perceraian.
Pemilik nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram memaklumkan bahawa keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada dirinya sendiri.
Tom memberitahu dirinya telah berlaku curang dan mengakui kesalahan tersebut secara terbuka.
“Saya dah nak bercerai dah dengan Mohamed Fuad Fuad Rahman, sebab saya yang curang dengan lelaki lain.
“Saya perempuan gatal, semua salah saya. Dah jangan cari saya lagi, saya nak pergi curang sana sini lagi.
“Sesiapa nak ambil tempat saya, silakan. Kami dah nak cerai, rugi tak cuba nasib sebab suami saya tak bersalah dia baik.
Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa rumah tangga pasangan berkenaan sedang dilanda masalah.
Bagaimanapun, Tom dan Fuad pernah menafikan khabar angin tersebut serta menegaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang perselisihan.
Untuk rekod, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama menyertai program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim kesembilan.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.
Sebelum ini, Tom juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan terdahulu, dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.
Manakala, Fuad juga pernah berkahwin dan mempunyai anak.



