Concert

Demi Kepuasan Maksimum, Nourul Tukar Tarikh Konsert

Penyanyi Nourul mengumumkan penundaan tarikh konsert For You Nourul yang sepatutnya berlangsung pada 17 April kepada tarikh 30 Mei hadapan.

Jelasnya, keputusan membuat pertukaran tarikh berkenaan dibuat demi memberi kepuasan maksimum kepada peminat dan memastikan kualiti terbaik sebelum membuka panggung dengan konsert sulungnya.

Jelas Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Ab. Wahab, 49, berkata penukaran tarikh ini juga memberi kelebihan dari segi perancangan produksi dan barisan artis jemputan.

“Antara sebab tarikh For You Nourul ditukar kepada 30 Mei adalah kerana melalui proses perbincangan bagi mencapai kata sepakat.

“Kami juga melakukan penyusunan semula jadual perjalanan konsert susulan penukaran penganjur lama kepada syarikat saya sendiri,” jelas Nourul.

Bagi pihak ND Entertainment selalu pengajur konsert ini menyifatkan pertukaran tarikh sebagai satu tindakan tepat bagi memastikan segala perancangan rapi dilaksanakan dengan baik.

“Pertimbangan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk menghormati dan memberi laluan kepada dua perayaan penting umat Islam iaitu Aidilfitri serta Aidiladha.

“Selain itu, kami percaya pemilihan tarikh 30 Mei sangat sesuai bagi memberi ruang kepada peminat menyusun semula bajet selepas musim perayaan.

“Kami mahu For You Nourul menjadi hari keraian khas untuk Nourul dan peminat dalam suasana yang lebih selesa dan meriah,” jelas ND Entertainment dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Related Articles

Back to top button