MusicViral

Isu Anak Jadi Mangsa ‘Cyberbully’ , Liza Hanim Buat Laporan Polis

Penyanyi, Liza Hanim, 46, tampil membuat laporan polis berikutan isu ‘body shaming’ dan ‘cyberbully’ yang melibatkan anak sulungnya, Marsya Qistina.

Menerusi hantaran di Instagram, Liza dilihat berada di pekarangan Balai Polis Klang bersama Marsya.

Dalam kapsyen ringkas, penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu menulis, “Hidup ini ada undang-undang. Dah bersedia ke?”

Difahamkan, beberapa peminat Marsya juga hadir membuat laporan polis sebagai tanda sokongan terhadap tindakan ibu berkenaan.

Terdahulu, Liza meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir netizen yang dikatakan cuba mengeruhkan hubungan Marsya dengan peserta program Talk To My Manager (TTMM) lain dengan membandingkan rezeki masing-masing.

Ibu kepada lima cahaya mata itu turut kecewa apabila anaknya menjadi sasaran kutukan, selain dikatakan kurang menyerlah walaupun pernah memenangi pertandingan realiti.

Marsya sendiri sebelum ini menjawab kecaman netizen di media sosial dengan menegaskan fokusnya kini lebih tertumpu kepada pelajaran.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, sekali gus menimbulkan perdebatan hangat.

Langkah tegas Liza membuat laporan polis dilihat sebagai usaha untuk menghentikan budaya kecaman siber dan mempertahankan maruah anaknya.

Related Articles

Back to top button