500 Gelang Nak Masuk Konsert BTS Dicuri, Polis Buru Suspek

Pihak polis sedang memburu seorang suspek selepas kira-kira 500 gelang kemasukan (entry wristbands) dicuri dari kaunter tiket di lokasi konsert BTS di Goyang, Gyeonggi Province baru-baru ini.
Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku sekitar pukul 3.20 petang pada 11 April lalu di kaunter tiket stadium tambahan di Kompleks Sukan Goyang, Ilsanseo-gu.
Seorang lelaki dilaporkan mengambil sejumlah besar gelang yang digunakan untuk kemasukan konsert sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.
Anggota polis segera bertindak selepas menerima laporan dan memulakan operasi pencarian berdasarkan deskripsi fizikal suspek.
Usaha kini tertumpu di jalan-jalan berhampiran serta laluan utama bagi menjejaki dan menahan individu tersebut.
Gelang berkenaan merupakan syarat wajib untuk memasuki lokasi konsert tersebut.
Penonton perlu menunjukkan tiket sah serta gelang rasmi yang diberikan selepas proses pengesahan untuk mendapatkan akses masuk.
Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan dan memantau situasi dengan teliti.
Sumber: Allkpop



