Suami Enggan Lafaz Cerai, Dakwa Jadi Mangsa Pukul Zehra Zamri

Suami kepada Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan mendakwa telah dipukul oleh penyanyi itu sebanyak empat kali sepanjang tiga tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Menurut Iqwan, dia mempunyai segala bukti terhadap tindakan penyanyi berusia 37 tahun itu dan laporan polis juga telah dibuat.

“Saya telah dipukul oleh Zehra Zambri, sepanjang tiga tahun kami berkahwin sebanyak empat kali dia telah pukul saya.

“Kali terakhir dia pukul saya ketika dia sedang menyertai program Gegar Vaganza 11, ketika itu minggu separuh akhir.

“Saya juga sudah buat laporan polis dan saya mempunyai rekod kesihatan” dakwanya.

Dalam pada itu, Iqwan enggan melafazkan talak terhadap Zehra disebabkan tidak berpuas hati dengan beberapa tuntutan cerai yang dibuat oleh isterinya.

Antara lima tuntutan yang dibuat pelantun lagu Semalakama itu untuk berpisah adalah tiada lagi persefahaman antara mereka, mengenai sikap, perkahwinan yang tidak boleh diselamatkan, pengabaian dan culas menjalankan tanggungjawab.

Sementara itu, Zehra tetap dengan pendirian untuk dilepaskan dan meminta suaminya memberi kerjasama supaya mereka bercerai dengan cara baik.

Susulan tiada lafaz talak yang berlaku ketika prosiding pertama di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada Khamis, mahkamah menetapkan kedua-dua pihak perlu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 7 Mei depan.

Imbas kembali, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun setengah.

Related post

Leave a Reply