Siti Nurhaliza Mohon Henti Spekulasi Tentang Insiden Amad Dayyan Pengsan

Siti Nurhaliza Mohon Henti Spekulasi Tentang Insiden Amad Dayyan Pengsan

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian melibatkan anak saudaranya, Amad Dayyan yang tiba-tiba rebah di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM), pada Ahad lalu.

Siti menjelaskan pihak keluarga sudah mengetahui punca sebenar kejadian dan menolak dakwaan yang mengaitkannya dengan masalah kesihatan, tekanan emosi atau keletihan seperti yang tersebar di media sosial.

“Sebagai ahli keluarga, kami tahu apa yang berlaku. Ia bukan disebabkan faktor kesihatan, komen-komen negatif atau kepenatan.

“Namun, sebagai manusia biasa, kita percaya ada perkara luar dugaan yang sukar dijelaskan dengan akal. Begitulah hakikatnya,” tulisnya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Dalam masa sama, pelantun lagu Purnama Merindu itu turut memaklumkan Amad berada dalam keadaan baik-baik sahaja sebelum acara bermula.

“Takdir berkata lain. Setiap daripada kita ada ujian tersendiri, apatah lagi dalam bidang ini yang penuh cabaran.

“Malam itu bukan Amad sahaja yang terkena tempias, malah adiknya, Aisy juga turut merasai kesannya.

“Doakan agar kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya dan semoga Amad terus diberi kesejahteraan,” katanya lagi.

Terdahulu, Amad yang sepatutnya mempersembahkan lagu Bukan Karena Cinta dan Bukan Lagi Kita pada malam Grand Finale TTMM dilaporkan pengsan secara tiba-tiba di atas pentas.

Hasil pemeriksaan pasukan perubatan mendapati tiada sebarang masalah kesihatan dikesan dan punca kejadian masih tidak dapat dikenal pasti.

Related post

Leave a Reply