Shiha Zikir Kongsi Detik Seram, Terhidu Bau Wangi Dalam Kereta
Penyanyi, Shiha Zikir, 37, berkongsi pengalaman menyeramkan yang dialaminya ketika memandu bersendirian sekitar 12 tengah malam Khamis sewaktu dalam perjalanan pulang dari studio melalui lebuh raya sunyi dan kawasan berbukit.
Menurut Shiha, dia tiba-tiba terhidu bau bunga yang sangat wangi dan kuat di dalam keretanya, sesuatu yang menurutnya belum pernah berlaku sebelum ini.
“Pertama kali lalui pengalaman terbau bau wangi dalam kereta… kuat sangat bau bunga. Waktu terbau tu, terus tengok tempat duduk belakang. Alhamdulillah tak nampak apa-apa. Bau je,” tulisnya dalam sebuah hantaran.
Lebih menyeramkan, bau tersebut muncul secara tiba-tiba dan hilang begitu sahaja dalam beberapa saat.
Shiha turut menyatakan bau itu sukar digambarkan, namun menyerupai bau wangi bunga yang seolah-olah terperangkap dalam ruang kecil.
“Susah nak explain bau tu. Korang faham tak bau wangi bunga, tapi macam bau yang dalam tempat tertutup. So macam kejap wangi, kejap tak wangi sangat,” tambahnya.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut dan netizen. Ada yang berpendapat itu mungkin fenomena biasa atau hanya deria yang tersilap tafsir, namun ramai juga yang mengaitkan kejadian itu dengan unsur mistik
