Seniwati Noor Azizah Meninggal Dunia Selepas Alami Sesak Nafas
Pelakon veteran, Datin Noor Azizah Azizul Hassan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh pada pukul 3 pagi Isnin.
Berita pemergian pelakon berusia 79 tahun itu disahkan oleh anak Allahyarham iaitu Khairena selepas seniwati itu mengalami kesesakan nafas.
Sepanjang kerjaya lakonan, Allahyarham pernah membintangi filem Enam Jahanam yang diterbitkan pada 1969 arahan Tan Sri P Ramlee yang sekali gus memasyhurkan nama beliau.
Selain Enam Jahanam, Allahyarham juga dikenali menerusi filem Dayang Senandong yang diterbitkan pada tahun 1965 sebagai pelakon tambahan.
Allahyarham juga pernah ditawar berlakon dalam filem terbitan negara jiran, Indonesia sebagai pelakon utama dalam filem Malin Kundang pada tahun 1971 bersama aktor negara itu, Rano Karno.
Bahkan, Allahyarham juga pernah memegang watak Doktor Susan Lim dalam produksi Australia drama bersiri terkenal iaitu Bailey Bird pada 1977.