Peminat Teruja G-Dragon Datang KL

PENANTIAN. sebahagian besar peminat G-Dragon terlerai apabila penyanyi popular berkenaan bakal mengadakan konsert selama dua hari pada Julai hadapan.

Konsert kali ini menjadi sebahagian daripada Ubermansch World Tour yang akan singgah ke Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Julai di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Antara negara lain yang disinggahi termasuklah Jepun, Indonesia, Hong Kong dan Taiwan dalam siri jelajah mempromosikan album studio ketiganya berjudul Ubermensch yang dilancarkan pada Februari 2025.

Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan kumpulan BigBang ini juga dijadualkan untuk membuat persembahan di Singapura Grand Prix 2025 pada 3 Oktober depan.

Related post

Leave a Reply