Netizen Tegur Penyampai Radio Popular Pakai T-Shirt Hadiri Pengebumian Negara

Dua penyampai radio popular dikritik oleh netizen gara-gara mengenakan kemeja-t ketika menghadiri majlis penghormatan terakhir bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Badawi semalam.

Kritikan tersebut ditinggalkan oleh netizen menerusi ruangan komen akaun Instagram milik stesen radio berkenaan.

Menerusi respons yang ditinggalkan, ramai antara netizen mengecam tindakan penyampai tersebut yang gagal membuat persiapan dengan baik untuk hadir ke majlis melibatkan tokoh kenamaan negara.

“Sepatutnya dia tahu nak buat penghormatan terakhir kepada arwah tapi pakaian itu satu hal, ini dengan topi lagi, Allahuakhbar tak ada ertika berpakaian.

“Peliklah. Nak dikatakan Gen Z umur dah 40 lebih. Tolonglah,” tulis seorang pengguna.

“Bila orang tegur etika berpakaian, nama pun memberi penghormatan kepada seseorang yang berjasa pada negara, kenyataan rasmi dah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Sebagai selebriti patut lebih cakna hal-hal seperti ini. Tak salah pun pakaian mereka tetapi teguran orang itu betul.

“Sekurang-kurangnya ada kesopanan untuk memakai baju hitam atau bersongkok atau berkopiah. Itu namanya tanda hormat,” tulis seorang lagi pengguna.

Menerusi video yang dimuat naik, salah seorang penyampai dilihat terlalu santai mengenakan sekadar kemeja-t, berseluar jeans biru dan bertopi sementara seorang lagi penyampai pula hadir dengan memakai baju kurta, berseluar jeans hitam serta beg silang.

Jenazah Perdana Menteri kelima itu dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sebaik selesai solat Zohor semalam.

Related post

Leave a Reply