Viral

Nabil Mahir Kena Ngorat Dengan Lelaki

Penyanyi, Ayda Jebat, 34, berkongsi satu pengalaman lucu apabila suaminya, Nabil Mahir, secara tiba-tiba menerima cubaan ‘mengurat’ daripada seorang lelaki ketika mereka berada di Bintulu, Sarawak.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, kejadian itu berlaku selepas mereka selesai menjayakan sebuah persembahan jelajah dan sedang meluangkan masa bersama pasukan pengurusan.

Ayda berkata situasi bermula apabila seorang individu menyerahkan dua keping nota kepada Nabil. Pada mulanya, mereka menyangka nota tersebut datang daripada peminat wanita yang mahu berkenalan.

“Sebaik buka nota pertama, tertulis ‘Hai, sila hubungi saya’. Kami semua terkejut. Saya sendiri sempat baca, tetapi tidak hairan sangat kerana Nabil memang seorang yang kacak,” kongsinya dalam sebuah hantaran.

Namun, suasana menjadi lebih mencuit hati apabila nota kedua yang diberikan turut mengandungi nombor telefon, sekali gus menunjukkan individu tersebut bersungguh-sungguh untuk menarik perhatian suaminya itu.

Ayda berkata mereka bertiga hanya mampu ketawa melihat situasi berkenaan, manakala Nabil pula dilihat sedikit gugup kerana bimbang isterinya salah faham.

Belum sempat gelak mereka reda, seorang lelaki tiba-tiba menghampiri Nabil dan mengaku dialah individu yang menyerahkan nota tersebut.

“Dia datang dan beritahu, ‘saya yang bagi nota tadi, bukan perempuan’. Masa itu memang kami tergamam sekejap,” katanya.

Menurut Ayda, lelaki berkenaan kemudian berulang kali memuji penampilan dan personaliti Nabil, malah menyatakan hasrat untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

“Dia cakap dia suka cara Nabil membawa diri dan menganggap suami saya bukan jenis lelaki yang suka mempermainkan perempuan. Berkali-kali dia ulang perkara yang sama,” ujarnya lagi.

Tambah Ayda, lelaki tersebut turut sempat mengajak Nabil menjalankan perniagaan bersama.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui sengaja memerhatikan reaksi suaminya sebelum rakan mereka tampil membantu mengalihkan perhatian dan menamatkan situasi tersebut.

“Saya saja mahu tengok macam mana reaksi Nabil. Selepas puas ketawa, kawan kami terus masuk campur sebelum keadaan jadi lebih janggal.

“Sekarang bukan perempuan sahaja yang boleh jadi penyondol, lelaki pun ada. Apa pun kami seronok berada di Sarawak. Orang-orang di sana sangat baik dan mesra.

“Lelaki yang cuba mengurat Nabil itu bukan orang Sarawak, mungkin datang atas urusan kerja. Terima kasih juga kerana memberi kami kenangan yang pasti dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla.

Related Articles

Back to top button