Mawar Rashid Positif Influenza, Muntah Teruk

Mawar Rashid Positif Influenza, Muntah Teruk

Pelakon, Mawar Rashid, 29, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas diserang influenza sehingga mengalami muntah yang teruk.

Pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Rashid memaklumkan dirinya tidak mampu menjamah makanan mahupun minuman sebelum doktor bertindak memasukkan drip air dan memberikan ubat tahan muntah.

“Saya diserang influenza dan muntah dengan sangat teruk. Memang langsung tak boleh makan atau minum. Alhamdulillah, selepas menerima IV dan ubat, keadaan saya semakin beransur baik,” tulisnya menerusi Instagran Story.

Dalam perkongsian sama, Mawar turut memaklumkan ketiga-tiga anaknya juga kurang sihat.

“Anak-anak di rumah pun demam, tetapi syukur mereka masih boleh makan dan minum. Perlahan-lahan mereka sedang pulih,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mawar turut menzahirkan rasa terima kasih atas doa dan keprihatinan ramai selain mengingatkan orang ramai agar menjaga kesihatan.

“Terima kasih atas doa dan ucapan yang dihantar. Maaf tak dapat balas satu persatu. Jaga diri dan semoga semua sentiasa dilindungi,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada November 2017 sebelum mengumumkan perpisahan pada 23 November lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.

Related post

Leave a Reply