Jual Tiket Ke Syurga Pada Harga Hampir RM4,000, Empat Individu Diberkas

Gara-gara menawarkan tiket ke syurga dengan harga sehingga mencecah 15 juta rupiah (RM3,953), empat individu ditahan di Maluku, Indonesia baru-baru ini.

Setiausaha Majlis Ulama Indonesia (SUI), Syuaib Pattimura menjelaskan, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan semua suspek yang terlibat dengan penipuan berkenaan.

“Pelanggan yang membeli tiket diberi jaminan mereka akan masuk syurga.

“Harga tiket adalah 7 juta rupiah (RM1,845), manakala pelanggan yang ingin membawa ibu bapanya ke syurga perlu membeli tiket berharga 15 juta rupiah (RM3,593).

“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Agama untuk menangani isu ini,” kata Syuaib.

Sementara itu, Ketua Polis Huamual, Ipda Salim Balami pula berkata, pihak berkuasa segera bertindak balas sebaik sahaja menerima aduan daripada warga setempat.

“Penduduk yang menolak ajaran sesat tersebut meminta penjual keluar dari kawasan mereka.

“Mereka akan dibawa bertemu dengan MUI untuk tindakan lanjut,” tambah Salim.

Related post

Leave a Reply