Jari Kelingking Patah, Myra Natasha Terpaksa Jalani Pembedahan

Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa pelakon Myra Natasha, 30, apabila terjatuh di dapur sehingga mengakibatkan jari kelingking kaki kanan patah.

Menurut Myra atau Yusmyra Natasha Abdullah, kejadian berpunca disebabkan permukaan lantai dapur yang licin disebabkan berlaku kebocoran pada mesin basuh.

“Kejadian berlaku ketika itu saya mahu berjalan ke arah dapur dan kemudian saya tidak sedar mesin basuh saya rosak.

“Disebabkan mesin itu rosak, air keluar, saya tergelincir dan jari kaki saya terlanggar bahagian tepi dinding dapur,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Myra berkata, dia pada awalnya menyangka hanya kesan lebam biasa, namun lama-kelamaan kakinya bertambah sakit.

Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan sebelum doktor mengesahkan jari kelingking kaki kanannya sudah patah.

Malah, doktor menasihati aktres itu supaya segera menjalani pembedahan.

“Pada mulanya saya fikir tiada apa-apa sebab bila periksa hanya lebam sahaja.

“Tapi selepas itu saya terasa sangat sakit dan saya terus ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut.

“Doktor beritahu sudah patah dan minta buat pembedahan segera dan saya tidak boleh berjalan selama dua bulan,” kongsinya lagi.

Related post

Leave a Reply