Kecoh Erika Carlina Mengaku Hamil Sebelum Nikah

Pelakon dan model terkenal Indonesia, Erika Carlina, 31, membuat pendedahan mengejutkan apabila secara terbuka mengakui dirinya sedang hamil anak luar nikah.

Menurut laporan Viva.co.id, Erika membuat pengakuan berani itu ketika menjadi tetamu dalam podcast bersama Deddy Corbuzier, baru-baru ini.

Lebih memeranjatkan, pelakon filem Pengantin Setan itu memaklumkan usia kandungan sudah sembilan bulan dan dijangka melahirkan anak pada Ogos.

Meskipun baru memaklumkan perkara itu kepada keluarga dan teman rapat, Erika berkata dia mengambil keputusan untuk berkongsi kepada umum sebagai tanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan.

“Saya sedar saya banyak dosa. Dan saya rasa ini kesalahan yang paling besar. Saya tidak mahu lepas daripada tanggungjawab.

“Ibu dan bapa juga meminta saya bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang telah dilakukan,” katanya.

Erika turut menyatakan bahawa dia berpeluang untuk menggugurkan kandungan tersebut, namun memilih untuk tidak menambah dosanya.

“Saya boleh sahaja tutup hal ini, atau gugurkan. Tapi saya tak mahu. Saya nak hadapi dan tanggung,” ungkapnya lagi.

Walaupun terbuka berkongsi mengenai kehamilannya, Erika bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang menghamilkannya meskipun khalayak di sana sudah menebak salah seorang DJ kelab malam bertanggungjawab melalukannya.

Erika dikenali menerusi beberapa filem popular seperti Pengantin Setan, Pabrik Gula dan Dear Nathan: Thank You Salma.

Related post

Leave a Reply