Pelakon, Siti Saleha, 35, akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan dirinya sedang hamil, susulan tular video yang memperlihatkan seolah-olah penampakan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah acara, baru-baru ini.
Pemilik nama lengkap Siti Saleha Mohd Baharum menjelaskan dirinya belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita gembira buat masa ini.
“Doakan yang baik-baik, Insya-Allah mungkin berita gembira tak lama lagi.Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi nak kongsi,” ujar pelakon drama 7 Hari Mencintaiku.
Menambah lagi spekulasi mengenai kemungkinan dirinya hamil, Saleha turut memaklumkam dia bakal berehat panjang selepas selesai menjalani penggambaran drama Bad Cop.
“Selepas ini saya akan bercuti panjang dan ini akan jadi projek terakhir saya sebelum berehat. Panjang juga, mungkin beberapa bulan atau tahun,” katanya lagi.
Walaupun tidak memberikan pengesahan secara langsung, kenyataan itu seolah-olah memberi bayangan halus bahawa ada sesuatu yang istimewa sedang menanti dalam fasa kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu. Aktres itu juga pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun berpisah empat tahun kemudian.