Diugut & Dibaling Batu, Farahdhiya Dedah Pernah Menjadi Mangsa Buli 

Pernah menerima ugutan dan kekasaran fizikal antara pendedahan yang dibuat oleh penyanyi Farahdhiya ketika melalui alam persekolahan satu ketika dahulu.

Dia yang membuat pendedahan tersebut dia platform media sosial miliknya mendedahkan pernah melalui fasa dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan semasa berusia 13 tahun.

“Saya masih ingat, masa sekolah dulu ada beberapa kumpulan pelajar perempuan yang selalu buli saya. Ada satu kumpulan pula konon-konon macam Spice Girls. Saya budak baru ketika itu, masuk pertengahan tingkatan satu.

“Diorang tulis ‘Farahdhiya menggelabah, Farahdhiya bab*, poyo, gedik’… Bila waktu rehat saya dibaling batu. Tapi saya diam, sebab saya budak baru. Kes buli itu berlarutan hampir setahun, saya tak pernah melawan,” dedahnya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati ini lagi, dia turut dibuli dengan pelbagai gelaran malah turut dilempar batu, diconteng nama dengan kata-kata kesat di makmal dan tandas, selain menerima surat ugutan.

Namun apa yang dilalui olehnya tidak lama apabila dia mula bertindak setahun kemudian. Membebaskan jiwa untuk mula mempertahan diri, semua itu menjadi titik tolak kepadanya untuk keluar daripada ketakutan.

“Satu hari salah seorang daripada mereka sentuh saya, dan secara automatik saya balas dengan sepakan. Seorang tergolek, seorang lagi cuba tolong, tapi dia tikam saya dengan pen. Nasib baik kena tangan saja.

“Mereka tak sangka saya boleh jadi fighter. Tapi saya bukan fighter, saya lover. Saya cuma pertahankan diri,” dedahnya melalui perkongsian tersebut.

Kejadian itu menyebabkan rakan-rakan yang pernah membulinya mula berubah dan ada yang mula meminta maaf. Malah, ada yang sanggup meminta bantuannya untuk ‘mengajar’ orang lain pula.

Disebabkan insiden tersebut, mereka terpaksa berdepan tindakan disiplin sekolah termasuk dipanggil oleh guru besar dan berhadapan dengan hukuman digantung sekolah.

Dalam masa yang sama, Farahdiya turut menasihatkan para pelajar untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran dan tidak terlibat dengan gajala buli yang boleh menjejaskan nama baik keluarga.

Related post

Leave a Reply