Gaya Hidup

Baru Berusia 6 Tahun, Muhammad Hayder Dah Lancar Baca Surah Ad-Dhuha

Anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish mencuri perhatian ramai apabila video dirinya membaca Surah Ad-Dhuha dengan lancar tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Hayder dilihat membaca surah berkenaan ketika menyertai program Nuzul Al-Quran yang diadakan beberapa hari lalu.

Apa yang lebih mengagumkan, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilihat membaca surah tersebut dengan begitu lancar seolah-olah sudah menghafalnya, malah tidak langsung melihat mushaf al-Quran yang dibuka di hadapannya.

Rakaman tersebut sekali gus menarik perhatian ramai wargamaya yang kagum dengan kebolehan Hayder mengalunkan ayat suci al-Quran pada usia yang masih muda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga selain memuji didikan yang diberikan oleh ibu bapanya sehingga Hayder mampu membaca al-Quran dengan baik.

Untuk rekod, Hayder merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup Eyra bersama penjaga gol pasukan Kuching City FC iaitu Haziq Nazli.

Selain Hayder, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar.

Related Articles

Back to top button