
“Baik Masuk Lokap” – Bilik Sewa Kecil Harga Mahal Jadi Bualan Netizen
Satu iklan yang menawarkan bilik sewa dengan harga RM650 sebulan menerima kecaman hebat kerana saiznya yang terlalu sempit sehingga dianggap tidak berperikemanusiaan untuk harga tersebut.
Menerusi hantaran yang dipercayai untuk sebuah unit kondominium di ibu kota, imej bilik yang dikongsi menunjukkan ruang yang hanya muat untuk sebuah katil bujang, hampir tiada ruang untuk bergerak apatah lagi menyimpan barangan peribadi.
Lebih mengundang ironi, iklan itu turut menonjolkan ‘pemandangan indah’ sebagai tarikan utama.
Hakikat ruang sempit itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Sehingga kini, hantaran berkenaan telah meraih lebih 6,500 tanda suka dan 1,500 komen, dengan warganet mempertikaikan kewajaran serta moraliti tawaran sewaan tersebut.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa tidak percaya terhadap harga tinggi yang dikenakan untuk ruang sekecil itu.
Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen:
“Bilik training mati ke ni?”
“Sembahyang atas katil ni.”
“Baik masuk lokap bang, lebih kurang je. Free pun free.”
Sumber: Facebook