‘Tolong Jangan Abaikan Isyarat Tubuh Kita’ – Zara Zya

‘Tolong Jangan Abaikan Isyarat Tubuh Kita’ – Zara Zya

Pelakon dan usahawan, Zara Zya, 40, mendedahkan dirinya kini berdepan ujian kesihatan apabila disahkan menghidap kanser buah pinggang jenis renal cell carcinoma.

Pemilik nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, bagaimanapun bersyukur apabila penyakit berkenaan masih berada pada peringkat awal iaitu tahap satu.

“Sehingga tahun lepas, semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap satu. Tolong jangan abaikan isyarat tubuh kita,” tulisnya dalam sebuah hantaran.

Pendedahan itu sekali gus menjadi peringatan buat orang ramai agar lebih peka terhadap perubahan dan isyarat yang diberikan oleh tubuh badan.

Menurut Zara lagi, dia sama sekali tidak menyangka simptom yang dialami sejak sekian lama sebenarnya merupakan tanda awal kepada penyakit berkenaan.

“Bertahun-tahun badan memberi isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah dan denyutan berulang,” ujarnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti tampil meninggalkan kata-kata semangat dan doa agar Zara diberikan kekuatan serta kesembuhan untuk terus melalui fasa rawatan dan pemulihan.

Related post

Leave a Reply