Iqbal Didakwa Berhutang Dengan Klinik Gigi? Ini Jawapan Tuan Badan

Selebriti media sosial kontroversi membuka mulut berkenaan tuduhan yang mendakwa dia tidak menjelaskan kos rawatan gigi yang dibuat di sebuah klinik gigi tempatan.

Menurut Iqbal, dakwaan yang mengatakan dia berhutang sejak tiga tahun itu tidak benar dan dia hanya menerima rawatan sebanyak satu kali sahaja oleh doktor gigi berkenaan.

“Dr. Safwan pernah taja saya cabut gigi dan cuci gigi… sekali sahaja pada tiga tahun lepas. Selebihnya saya bayar penuh.

“Itu pun dalam tempoh tiga tahun, hanya lima hingga enam kali sahaja buat rawatan. Maksudnya, setahun sekali dua. Saya tidak terikat apa-apa,” jelasnya.

Iqbal mengulas isu berkenaan selepas Dr. Safwan meninggalkan komen di media sosial yang mendakwa: “Hutang gigi dengan aku pun tak bayar tak payah nak sembang kemas la Iqbal.”

Menurut Iqbal, tuduhan itu timbul disebabkan dia mendapatkan rawatan di klinik gigi lain.

“Doktor marah saya sebab saya pergi tampal gigi ke klinik lain. Klinik tersebut masukkan muka saya di Story IG. Tiba-tiba doktor mesej saya ‘jangan datang lagi ke klinik saya’. ‘Saya sangat pantang orang saya sponsor pergi ke klinik lain’,” kongsi Iqbal.

Menurut Iqbal, dia ke klinik lain kerana klinik Dr. Safwan jauh, selain ada prosedur implan gigi belum dilunaskan kerana jadualnya yang padat.

“Itu pun saya sudah bayar separuh yang sudah dirawat. Ada yang saya sudah bayar deposit beribu tapi belum buat pun. Saya tidak berbangkit dan andai duit saya lenyap pun saya bukan peduli.

“Saya terpaksa buat penjelasan di sini sebab terlalu ramai kecam saya seolah saya berhutang dan sponsor besar. Jujur, biasanya orang bayar saya RM10,000 hingga RM150,000 untuk kerjasama.

“Begitu yang saya terima dari brand jam, klinik, hospital, kereta dan sebagainya. Tetapi dengan Dr niat saya untuk bantu sahaja,” tutupnya.

Related post

Leave a Reply