Pelakon terkenal Britain, Emma Watson, 35, dikenakan penggantungan lesen memandu selama enam bulan selepas didapati melanggar had kelajuan yang ditetapkan di jalan raya.
Insiden berlaku pada 31 Julai tahun lalu apabila Emma Watson memandu pada kelajuan 60 kilometer sejam (km/j) di kawasan Oxford yang hanya membenarkan kelajuan maksimum 50 km/j.
Kesalahan tersebut menambah kepada sembilan mata kesalahan yang telah sedia ada dalam rekod pemanduannya sebelum ini.
Akibatnya, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung lesen selama enam bulan ke atas pelakon yang popular menerusi watak Hermione Granger dalam siri filem Harry Potter itu.
Selain penggantungan lesen, Emma Watson turut dikenakan denda sebanyak kira-kira RM4,950.
Memetik laporan BBC, Emma Watson tidak hadir secara fizikal ke mahkamah semasa keputusan dibacakan.
Aktres itu kini sedang menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang penulisan kreatif di Universiti Oxford sejak tahun 2023.