Belanja Peminat Buka Puasa, Pelakon Tamil Raih Pujian Dalam Kalangan Peminat

Kita selalu mendengar kelompok selebriti tanah air mengadakan majlis rumah terbuka untuk peminat mereka sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

Namun, berbeza sedikit dengan pelakon dan Tamil iaitu Thalapathy Vijay. Vijay mengambil peluang berbuat amal pada bulan Ramadan dengan mengadakan majlis berbuka puasa penuh makna di Chennai, India baru-baru ini.

Dihadiri lebih 3,000 undangan, majlis tersebut diadakan di padang YMCA Royapettah. Dikhabarkan, majlis tersebut turut dihadiri oleh imam-imam dari 15 masjid sekitar Chennai.

Pada majlis berkenaan, Vijay yang kini bergelar ahli politik menyarungkan pakaian tradisional berwarna putih lengkap dengan kopiah.

Menurut laporan media India, Vijay juga dipercayai turut berpuasa sepanjang bulan suci Ramadan.

Hal ini membuatkan Vijay menerima pujian dan maklum balas positif dalam kalangan netizen. Ramai memuji sifat rendah hati Vijay yang menghargai serta meraikan tradisi budaya berbeza.

Aktiviti Vijay berbuka puasa bersama umat Islam ini turut tular di media sosial, dan ramai yang melihatnya sebagai satu langkah positif dalam menyemai perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang agama dan budaya.

Sumber: Arynews.tv

Related post

Leave a Reply