Viral

Wanita Tempatan Terkejut Kereta Kena Clampped Di Thailand Kerana Parkir Lawan Arah

Seorang wanita dari Malaysia yang sedang bercuti di Thailand terkejut apabila mendapati keretanya dikunci roda (clammped) dan dikenakan saman hanya kerana meletakkan kenderaan dalam arah yang salah.

Insiden itu dikongsikan menerusi sebuah video di TikTok dan telah meraih lebih 2,000 tanda suka ketika artikel ini ditulis.

Dalam rakaman tersebut, roda hadapan kereta berkenaan kelihatan diikat dengan kabel berwarna biru yang dikunci menggunakan mangga bagi menghalang kenderaan itu daripada dipandu.

Kamera kemudian menunjukkan satu notis saman yang dilekatkan pada tingkap bahagian pemandu. Notis itu menyatakan bahawa wanita tersebut telah melakukan kesalahan lalu lintas dan perlu membayar denda sebanyak 500 baht (RM61).

Menerusi kapsyen video, wanita itu menjelaskan dia dikenakan tindakan kerana meletakkan keretanya bertentangan dengan arah aliran trafik, satu peraturan yang didakwanya tidak diketahui sebelum ini.

Menurutnya lagi, walaupun jumlah denda yang tertera pada saman itu ialah 500 baht (RM61), dia perlu membayar tambahan 500 baht (RM61) lagi untuk membuka kunci roda yang dipasang pada keretanya.

Wanita tersebut turut mempersoalkan apa yang disifatkannya sebagai amalan dwistandard oleh pihak berkuasa tempatan. Katanya, terdapat penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar atau membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan, namun tidak dikenakan tindakan.

Di akhir perkongsiannya, wanita itu mengingatkan rakyat Malaysia yang bercadang memandu di Thailand supaya sentiasa mengambil tahu dan mematuhi peraturan parkir tempatan bagi mengelakkan kejadian sama berlaku kepada mereka.

Related Articles

Back to top button