Viral

“Sampai Bila Aku Nak Jadi Simpanan? Pergi Jujur Dengan Isteri Kau”

Penyanyi, Fyna Jebat tampil dengan pendedahan mengejutkan mengenai kisah peribadinya yang telah dipendam terlalu lama.

Fyna meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang didakwa pernah ‘menyimpannya’ selama empat tahun, sebelum akhirnya memilih untuk bersuara secara terbuka.

“Aku rasa sudah lama berdiam diri. Kawan aku hubungi nak beri duit raya, mula kau meroyan sampai campak telefon aku?

“Terpaling tersakiti kau ya, asal gaduh, cakap nak berlawan. Habis itu kau nak aku buka buku kau ke macam mana?” tulisnya dalam sebuah hantaran.

Dalam luahan sama, Fyna turut mendakwa individu berkenaan telah memberi kesan kepada kehidupannya termasuk melibatkan anaknya yang kini hampir berusia dua tahun.

“Kau salah orang nak lawan, empat tahun simpan aku. Kau fikir balik apa kau buat pada aku dan anak aku yang nak masuk dua tahun umur dia,” katanya lagi.

Fyna juga memberi bayangan bahawa dia bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit sekiranya keadaan berlarutan.

“Macam kau tiada kawan perempuan dan terpaling suci. Kalau kau rasa terpaling suci, pergi jujur pada isteri kau.

“Sampai bila pula hidup aku nak jadi simpanan. Sampai anak aku 20 tahun ke nak simpan?

“Kali ini tiada muka dah untuk kau ya. Sila hadirkan diri ke mahkamah pada bulan empat (April). Jangan rasa terpaling suci sampai terlupa adil,” tegasnya.

Bagaimanapun, Fyna tidak memperincikan bentuk tindakan undang-undang yang bakal diambil, selain memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan.

Terdahulu, Fyna pernah mendirikan rumah tangga sebagai isteri kedua kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Zainal Abidin Hassan pada awal tahun 2023.

Namun, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama apabila Fyna mengesahkan mereka telah berpisah pada Ogos tahun sama, dipercayai hanya beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga.

Related Articles

Back to top button