Alif Teega Cari Live Host Gaji Kecil Cetus Perdebatan Netizen?

Usahawan dan pempengaruh Alif Teega mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dia mencari seorang live host sambilan bagi menjual tudung dengan bayaran sebanyak RM20 hingga RM25 sejam.
Menerusi hantaran di Threads, Alif berkata, live host tersebut turut diberi komisyen jika mencapai target jualan yang ditetapkan.
Dalam hantaran sama, Alif turut menjelaskan yang jawatan berkenaan memerlukan live host tersebut untuk bekerja di Kajang.
“Ada tak girl nak buat part time live host? Jual tudung. Sejam RM20 hingga RM25. Ada komisyen kalau capai sales. Satu sesi live 3 jam. Kerja di Kajang,” tulisnya.
Begitupun, terdapat balasan daripada seorang wanita yang menyebabkan hantaran Thread milik Alif ditular di platform X.
“Abang try bercakap 3 jam straight, tengok berbaloi ke tak RM20/jam tu,” tulisnya.
Menerusi balasan di X pula, ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan harga gaji dinyatakan:
“Saya buat part time live host sejam pun RM50. Guys, nak bercakap bukan senang tau. Lagi-lagi kalau straight dua jam (minimum).”
“Aku rasa valid je plus ada komisen je. Cikgu sekolah cakap tak berhenti pasal education pulak tu kira-kira lebih kurang RM20 je sejam.”
“Cakap? RM20 sejam? Live 3 jam? Ok dah la tu rasenye. Kot yang lain nak yang RM100 sejam. Try cri yang lain. Kan. Tak payah kondem orang sangat.”
“Sometimes dia salah satu je. Rate RM50 1jam tak ada commission atau RM30-40 1jam tambah commission. Capai or tak capai mesti dapat but based on statement dia cakap ‘ada komisyen kalau capai sales’ if tak capai so tak dapat commission. Jadi valid je kalau dia tegur gitu.”
Sumber: Threads



