Viral

Cik B Sarung Baju Raya 2 Jam Sahaja, Kemudian Tukar Hoodies

Personaliti media sosial, Cik B mempunyai cara tersendiri dalam meraikan Aidilfitri apabila hanya mengenakan baju kurung untuk tempoh singkat sebelum kembali kepada gaya santai yang lebih dekat dengan dirinya.

Menurut Cik B, dia lazimnya hanya memakai busana tradisional itu sekitar dua jam sahaja, terutamanya bagi memenuhi tradisi dan sesi fotografi bersama keluarga.

“Baju raya memang sepasang sahaja. Selepas selesai bergambar, saya akan tukar baju kurung dan pakai ‘hoodie’.

“Pada waktu pagi, saya biasanya tidur. Sesi bergambar keluarga pula selalunya diadakan sekitar jam 4 petang.

“Saya hanya pakai baju kurung, ambil gambar dan kemudian tukar semula sebelum bermain permainan video,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B turut berkongsi bahawa suasana Aidilfitri dalam keluarganya disambut secara sederhana dan tidak terlalu meriah seperti kebanyakan orang.

Malah, dia mengakui lebih menggemari suasana Ramadan yang dirasakan lebih bermakna berbanding Syawal.

Tambahnya lagi, suasana hari raya pertama di rumahnya juga agak sunyi, sekali gus memberi peluang untuk dia berehat sepenuhnya.

“Raya pertama rumah saya kosong dan sunyi. Jadi, saya ambil peluang untuk tidur dan berehat. Kebiasaannya, kami hanya mengadakan rumah terbuka sekitar raya kelima.

“Saya beraya dengan Mama, adik dan pembantu rumah sahaja, tetapi ada juga saudara-mara yang datang berkunjung,” ujar anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida.

Mengulas lanjut, Cik B memberitahu bahawa kemeriahan Aidilfitri kini tidak lagi sama seperti ketika zaman kanak-kanaknya dahulu.

“Dulu keluarga ramai, sekarang semakin kurang yang pulang. Saya pun tidak tahu bagaimana hendak digambarkan.

“Masa kecil, raya sangat menyeronokkan. Mungkin ketika itu saya hanya fikir tentang bermain, tetapi sekarang raya terasa biasa sahaja, tidak seperti dahulu,” ungkapnya.

Related Articles

Back to top button