GlobalViral

Pengurus Bar Kerah Pekerja Layan Lebih 400 Lelaki Dalam Tempoh 3 Bulan

Seorang pengurus sebuah bar dan seorang kakitangan wanita ditahan pada tahun 2025 selepas didakwa memaksa seorang rakan sekerja melayan lebih 400 lelaki dalam tempoh tiga bulan.

Menurut laporan Tokyo Reporter, mangsa berusia 27 tahun itu mula bekerja di bar berkenaan pada September 2024.

Dia didakwa pernah dipukul menggunakan botol champagne oleh pengurus tersebut, Maoya Suzuki, yang memarahinya kerana tidak mencapai sasaran jualan.

Suzuki bagaimanapun menafikan tuduhan mengeksploitasi pekerjanya.

Seorang lagi kakitangan, Kazuya Tano, dilaporkan mengaku bersalah terhadap pertuduhan ketika perbicaraan pertama pada 10 Februari lalu.

Dalam perbicaraan itu, pihak pendakwaan menyatakan, pekerja wanita yang mencatat jualan rendah diberitahu bahawa ada kawasan taman tertentu untuk menjana pendapatan, sebelum dipaksa terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Pendakwaan turut mendedahkan pengurus menggunakan kad GPS untuk menjejaki pergerakan pekerja. Tano didakwa memantau lokasi mangsa menggunakan peranti kecil berfungsi sebagai penjejak GPS.

Kedua-dua tertuduh juga dilaporkan memukul mangsa sekiranya dia tidak berada di kawasan yang diarahkan untuk mencari pelanggan, berdasarkan pemantauan GPS tersebut.

Selepas kejadian keganasan itu, mangsa akan dibawa semula ke bar.

Menurut Asahi Shimbun, mangsa dipaksa melayan sehingga 13 lelaki sehari dan mampu menjana sekitar 1.98 juta yen (RM52,640) sebulan. Sebahagian besar wang tersebut didakwa diserahkan kepada Suzuki dan Tano.

Kes ini terbongkar selepas pihak polis menyoal siasat mangsa susulan penahanannya pada Julai lalu atas syak melanggar undang-undang anti-pelacuran. Mangsa dilaporkan memberitahu pihak berkuasa yang dia berasa letih secara fizikal dan mental serta tidak mempunyai kekuatan untuk melarikan diri.

Polis menemui lebih 20 kesan lebam pada tubuhnya dan percaya dia telah menjadi mangsa keganasan secara berterusan.

Related Articles

Back to top button