Yazmin Aziz Dikecam Bercium Dengan Teman Lelaki Depan Umum

Penyanyi, Yazmin Aziz, 24, mencetuskan kontroversi selepas aksinya mencium teman lelakinya, Simon Joseph Javier, tular dalam media sosial.

Insiden tersebut berlaku selepas Simon diumumkan sebagai pemenang Mister National Universe dalam pertandingan Mister International Philippines 2025 yang berlangsung di Manila pada malam Ahad.

Menerusi video yang tular, Yazmin dilihat memeluk dan mencium Simon di hadapan khalayak ramai sebaik pengumuman kemenangan dibuat, sambil disambut sorakan penonton.

Aksi tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, terutamanya dalam kalangan netizen Malaysia yang mempertikaikan tindakan Yazmin sebagai seorang wanita Muslim.

Sebahagian besar pengguna media sosial menyifatkan perbuatan itu tidak wajar dilakukan di tempat umum.

Turut dibangkitkan semula ialah kenyataan terdahulu Simon yang dikatakan berhasrat untuk hanya mencium Yazmin selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Yazmin secara terbuka mengesahkan hubungan cintanya bersama Simon yang dikenalinya melalui media sosial.

Katanya, dia terpikat dengan sifat penyayang dan karakter peribadi Simon yang membuatkannya selesa dalam hubungan tersebut.

Related post

Leave a Reply